­

Nurul Edible Image Printing

Info Lengkap

1. Harga:

Semua edible image kami berharga RM17 satu sheet (printable area 7 inci x 10.5 inci) tidak termasuk kos pengeposan oleh Poslaju.

Abum template kami boleh dilawati di Album Facebook atau di Album Website kami.

Tiada caj tambahan dikenakan untuk kerja2 artwork seperti tukar background, cantumkan gambar dan letak wordings (mengikut syarat-syarat yang ditetapkan).

 

*Pembatalan pesanan dan penukaran design setelah artwork dibuat akan dikenakan caj design. Oleh itu pastikan anda memberikan detail design yang diingini dengan selengkapnya semasa membuat pesanan.

*Pastikan anda mengisi order form yang lengkap dan kualiti/saiz gambar yang elok(jika ada) semasa membuat pesanan. Sebarang masalah dengan order form dan gambar akan melewatkan pesanan anda diproses.

 

2. Jumlah gambar dalam satu sheet:

Anda boleh meletakkan seberapa banyak gambar yang berlainan dalam satu sheet termasuk gambar sendiri. Walaubagaimanapun, untuk gambar yang memerlukan kami menukar background ataupun mencantumkan gambar, kami limitkan kepada 3 gambar yang berlainan dalam 1 sheet. Banyak2 tak sempat...  

Tiada pertukaran background untuk gambar2 kartun sedia ada dan gambar-gambar yang di download dari internet..

Pastikan saiz dan kualiti gambar yang elok disertakan di order form. Sebarang masalah dengan gambar akan melewatkan order anda diproses.

 

3. Pemotongan:

Kami menyediakan pemotongan percuma untuk saiz-saiz berikut (menggunakan saiz & Template Code sedia ada)-

a. 33mm(1.3 inci) - round

b. 40mm (1.6 inci) - round (saiz lolichoc, oreo & cupcake)

c. 50mm (2.0 inci) - round

Saiz-saiz dan bentuk-bentuk lain sedang kami usahakan untuk mendapatkan cutter yang bersesuaian. Akan dimaklumkan kemudian.

 

4. Penghantaran:

Penghantaran akan dibuat pada hari Isnin - Jumaat menggunakan Pos Laju sahaja.

Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan sebelum pukul 10 pagi, kami akan Pos keluar pada petang hari yang sama.(Isnin hingga Jumaat sahaja)

Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan selepas pukul 10 pagi, kami akan Pos kelur pada petang hari keesokannya.(Isnin hingga Jumaat sahaja)

Anda sepatutnya akan mendapat edible image dalam masa 2 atau 3 hari bekerja selepas di pos keluar bergantung kepada perkhidmatan Pos laju di kawasan anda.

 

*Sila maklumkan pembayaran sebelum pukul 10pagi selepas pembayaran dibuat untuk kami proceed dengan design dan poskan pada petang hari yang sama. Makluman selepas pukul 10pagi akan diproses keesokannya(Isnin - Jumaat).

 

*Setelah pesanan anda di pos, sila hubungi Pos Laju  berhampiran atau 1300300300 jika ada sebarang kesulitan & kelewatan tentang penerimaan pesanan anda.

 

*Sample design yang telah dihantar sebelum pukul 12thari tetapi tidak diconfirmkan oleh anda sebelum pukul 1 petang akan kami proceed secara automatik dengan printing dan akan diposkan petang hari yang sama kecuali anda maklumkan terlebih dahulu di order form dan akan di pos keluar keesokannya(Isnin hingga Jumaat).

 

5. Self Collect:

Semua urusan self collection hanya dibuat di rumah saya di 22 Jalan Kristal 7/73, Seksyen 7, Shah Alam.

Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran diterima dan dimaklumkan sebelum pukul 10 pagi, self collect boleh dibuat selepas pukul 3 petang hari yang sama.

Pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran diterima dan dimaklumkan selepas pukul 10 pagi hingga 10 malam, self collect boleh dibuat selepas pukul 10 pagi keesokannya.

Self collect boleh dibuat pada hari Isnin hingga Jumaat.

 

*Buat masa ini kami tidak menerima selfcollect pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.

Masa/waktu selfcollect boleh dibuat dari 10 pagi hingga 10 malam. (Isnin hingga Jumaat)

*Sample design yang telah dihantar sebelum pukul 12thari tetapi tidak diconfirmkan oleh anda sebelum pukul 1 petang akan kami proceed secara automatik dengan printing untuk selfcollect petang hari yg sama kecuali anda maklumkan terlebih dahulu di order form dan waktu selfcollect akan ditangguhkan keesokan hari bekerja.

 

6. Caj Penghantaran:

RM5 - Semenanjung Malaysia (tidak terhad kepada berapa sheet pun, harga tetap sama RM5).

RM10 - Sabah/Sarawak/Labuan (tidak terhad kepada berapa sheet pun, harga tetap sama RM10).

 

7. Pembayaran:

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun berikut.

a. Maybank - 562731110679 (NURUL HUDA IDRIS)

b. CIMB - 7047183425 (HISHAM HASHIM-My Hubby account)

c. Public Bank - 4814825235 (HISHAM HASHIM-My Hubby account)

d. Bank Islam - 02057020204643 (HISHAM HASHIM-My Hubby account)

e. Credit Card - Untuk pembelian melebihi RM300 sahaja. Extra charges 3.6% dikenakan oleh PayPal.

 

*Selepas pembayaran dibuat, pastikan anda email/sms/whatsapp masa & jumlah pembayaran untuk kami "proceed" dengan pesanan anda. 

Sekiranya pembayaran yang dibuat melebihi jumlah pembelian anda (contohnya Mesin Cash Deposit tidak merima Wang Kertas RM5), kami akan memulangkan baki duit anda bersama-sama dengan edible image yang dipesan.

*Interbank GIRO akan mengambil masa untuk kami menerima pembayaran anda bergantung kepada bila pembayaran dibuat. Kami akan hanya meneruskan dengan pesanan anda selepas pembayaran diterima di dalam akaun kami mengikut masa yang telah ditetapkan.

 

8. Cara Membuat Pesanan:

Pesanan boleh dibuat dengan mengisi order form di http://www.edibleimage.com.my/index.php/order-form

Kami hanya menerima pesanan secara online melalui order form sahaja.

 

 

9. Proses Pesanan

a. Isi Order Form.

b. Pastikan keluar paparan "Terima Kasih" selepas order form dihantar.

c. Buat pembayaran mengikut jumlah yang dikira secara automatik di order form.

d. Hantar SMS/Whatsapp atau email selepas pembayaran dibuat.

e. Kami akan mula memproses pesanan anda.

f. Sample akan di email sebelum pukul 1 petang hari dipos/selfcollect sekiranya perlu untuk mendapat pengesahan anda.

g. Anda membuat pengesahan (akan di proceed secara automatik selepas pukul 1 petang sekiranya tidak dibuat pengesahan)

h. Gambar akan mula di print

i. Pesanan anda di pos keluar.

 

10. Hubungi Kami:

Pastikan anda membaca info lengkap yang telah disediakan sebelum membuat sebarang pertanyaan.

 :

Tel/SMS/Whatsapp: 012-4842330 (Nurul)

email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Alamat:

22 Jalan Kristal 7/73,

Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

Selangor.

 

11. Lain-Lain:

- Sekiranya saiz template yang anda ingini tiada di album kami, sila nyatakan saiz yang anda ingini dan kami akan "customize" untuk anda tanpa sebarang caj tambahan.

-Sekiranya gambar yang ingini tiada di album kami, inform kepada kami gambar yang anda ingini, kami akan carikan untuk anda (memerlukan masa 1 hingga 2 hari) atau anda boleh Google di internet dan bagi link gambar kepada kami. Kami akan modify & printkan mengikut template yang anda ingini tanpa apa2 caj tambahan.

­