­

Nurul Edible Image Printing

Info Pengeposan:

Pengeposan keluar akan dibuat pada hari Isnin hingga Jumaat menggunakan Pos Laju sahaja.
Tiada pengeposan keluar yang dibuat pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

📮Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan sebelum pukul 10 pagi, kami akan Pos keluar pada petang hari yang sama.(Isnin hingga Jumaat sahaja)

📮Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan selepas pukul 10 pagi, kami akan Pos keluar pada petang hari keesokannya.(Isnin hingga Jumaat sahaja)

Sila maklumkan pembayaran sebelum pukul 10pagi selepas pembayaran dibuat untuk kami proceed dengan design dan poskan hari yang sama. Makluman pembayaran selepas pukul 10pagi akan diproses keesokannya(Isnin - Jumaat).

Sebarang perubahan kepada sample design yang di hantar akan melewatkan proses pengeposan kepada keesokan hari bekerja. Pastikan anda memberitahu detail design selengkapnya di order form.

Sample design yang telah dihantar sebelum pukul 12thari tetapi tidak diconfirmkan oleh anda sebelum pukul 1 petang akan kami proceed secara automatik dengan printing dan akan diposkan petang hari yang sama kecuali anda maklumkan terlebih dahulu di order form dan akan di pos keluar keesokannya(Isnin hingga Jumaat).

Anda sepatutnya akan mendapat edible image dalam masa 2 atau 3 hari bekerja selepas di pos keluar bergantung kepada perkhidmatan Pos laju di kawasan anda.

Nombor tracking akan di email lewat petang pada hari yang sama pengeposan dibuat. Kebiasaannya status penghantaran akan dikemaskini oleh pihak poslaju selepas pukul 10 malam.

Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang disebabkan oleh pihak Poslaju.

Sebarang kesulitan & kelewatan tentang penerimaan pesanan anda, sila hubungi poslaju berhampiran atau Talian 1300 300 300.

Info lengkap dan order form untuk order ada di www.edibleimage.com.my

­