­

Nurul Edible Image Printing

Info Harga

Semua edible image kami berharga RM17 satu sheet (printable area 7 inci x 10.5 inci) tidak termasuk kos pengeposan oleh Poslaju.

Tiada caj tambahan dikenakan untuk kerja2 artwork seperti tukar background, cantumkan gambar dan letak wordings (mengikut syarat-syarat yang ditetapkan). Walaubagaimana pun jumlah gambar sekiranya perlu diedit di dalam 1 sheet kami limitkan kepada 3 gambar berlainan sahaja
Pembatalan pesanan dan penukaran design setelah artwork dibuat akan dikenakan caj design. Oleh itu pastikan anda memberikan detail design yang diingini dengan selengkapnya semasa membuat pesanan.
Pastikan anda mengisi order form yang lengkap dan kualiti/saiz gambar yang elok(jika ada) semasa membuat pesanan. Sebarang masalah dengan order form dan gambar akan melewatkan pesanan anda diproses.

Caj Pengeposan(Poslaju):
📮RM7 - Semenanjung Malaysia (tidak terhad kepada berapa sheet pun, harga tetap sama RM7).
📮RM14 - Sabah/Sarawak/Labuan (tidak terhad kepada berapa sheet pun, harga tetap sama RM14).

Penghantaran segera menggunakan runner/rider oleh Grab, Lalamove dan lain-lain diuruskan sendiri oleh anda. Sila refer info Selfcollect/Pickup

Info Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun berikut.

Selepas pembayaran dibuat, pastikan anda email atau whatsapp masa dan jumlah pembayaran untuk kami "proceed" dengan pesanan anda.
Sekiranya pembayaran yang dibuat melebihi jumlah pembelian anda (contohnya Mesin Cash Deposit tidak merima Wang Kertas RM5), kami akan memulangkan baki duit anda bersama-sama dengan edible image yang dipesan.
Pembayaran melalui "interbank Giro" akan mengambil masa untuk kami terima, kami hanya proceed dengan design selepas pembayaran diterima.
Penerimaan selepas pukul 12 thari akan diproses keesokan waktu bekerja.

Sila maklumkan Nombor Order seperti di order form di ruangan "Recepient's Reference" semasa membuat pembayaran secara online atau ATM transfer.

Info Pickup/Selfcollect

Kami beroperasi tiap2 hari termasuk Sabtu dan Ahad.
Boleh collect sendiri atau meggunakan runner/rider dari pukul 10 pagi hingga 10 malam (bergantung kepada bila order form dan payment diterima seperti dimaklumkan di bawah).
Sekiranya anda menggunakan runner/rider, pastikan anda notekan/remarks "Ambil untuk NAMA ANDA SEPERTI DI ORDER FORM" di aplikasi Runner

🕙Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran sebelum pukul 12 thari, self collect boleh dibuat selepas pukul 3 petang hingga 10 malam hari yang sama.
🕒Pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran selepas pukul 12 thari hingga 10 malam, self collect boleh dibuat selepas pukul 10 pagi hingga 10 malam keesokannya.

Sila maklumkan pembayaran sebelum pukul 12 thari selepas pembayaran dibuat untuk kami proceed dengan design. Makluman pembayaran selepas pukul 12 thari akan diproses keesokannya.
Sebarang perubahan kepada sample design yang di hantar akan melewatkan tarikh collection kepada keesokan hari bekerja. Pastikan anda memberitahu detail design selengkapnya di order form.

Semua urusan selfcollect/pickup hanya dibuat di rumah saya di 22 Jalan Kristal 7/73, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.

Info Pengeposan

Pengeposan keluar akan dibuat pada hari Isnin hingga Sabtu menggunakan Poslaju sahaja.
Tertakluk kepada hari operasi Poslaju.

📮Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan sebelum pukul 12 thari, kami akan Pos keluar pada petang hari yang sama.(tertakluk kepada hari operasi Poslaju)
📮Semua pesanan yang kami terima order form yang lengkap dan pembayaran dimaklumkan selepas pukul 12 thari, kami akan Pos keluar pada petang hari keesokannya.(tertakluk kepada hari operasi Poslaju)

Sila maklumkan pembayaran sebelum pukul 12 thari selepas pembayaran dibuat untuk kami proceed dengan design dan poskan hari yang sama. Makluman pembayaran selepas pukul 12 thari akan diproses keesokannya.

Sebarang perubahan kepada sample design yang di hantar akan melewatkan proses pengeposan kepada keesokan hari bekerja. Pastikan anda memberitahu detail design selengkapnya di order form.
Sample design yang telah dihantar sebelum pukul 12thari tetapi tidak diconfirmkan oleh anda sebelum pukul 1 petang akan kami proceed secara automatik dengan printing dan akan diposkan petang hari yang sama kecuali anda maklumkan terlebih dahulu di order form dan akan di pos keluar keesokannya(tertakluk kepada hari operasi Poslaju).

Anda sepatutnya akan mendapat edible image dalam masa 2 atau 3 hari bekerja selepas di pos keluar bergantung kepada perkhidmatan Poslaju di kawasan anda. Nombor tracking akan di email lewat petang pada hari yang sama pengeposan dibuat. Kebiasaannya status penghantaran akan dikemaskini oleh pihak poslaju selepas pukul 10 malam.

Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang disebabkan oleh pihak Poslaju.
Sebarang kesulitan & kelewatan tentang penerimaan pesanan anda, sila hubungi poslaju berhampiran atau Talian 1300 300 300.

Info Pemotongan

Kami hanya menyediakan pemotongan (percuma) untuk bentuk dan saiz berikut:

1. Bulat 1.3 inci (3.3cm)
2. Bulat 1.6 inci (4cm)
3. Bulat 2 inci (5cm)
4. Bulat 2.5 inci (6.4cm)
5. Bulat 3 inci (3.3cm)
6. Bulat 3.5 inci (4cm)
7. Bulat 4 inci (5cm)
8. Bulat 4.5 inci (6.4cm)
9. Bulat 5 inci (12.7cm)
10. Bulat 5.5 inci (14cm)
11. Bulat 6 inci (15.2cm)
12. Bulat 6.5 inci (16.5cm)
13. Bulat 7 inci (17.8cm)

Tiada pemotongan yang dibuat bagi saiz-saiz dan bentuk-bentuk lain termasuk saiz yang tidak menggunakan Template asal kami.

Info Contact

Anda boleh hubungi kami seperti di bawah:

Nurul Huda

Alamat:
22 Jalan Kristal 7/73, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Location:
Waze/GoogleMap: "Nurul Edible Image Printing"

Telefon/Whatsapp: 0124842330
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Klik untuk Whatsapp

­